top of page

Harga Tiket Sunway Lagoon Terkini

Dapatkan harga tiket masuk Sunway Lagoon dengan harga promosi

Sunway Lagoon 6 park - 1 day pass

Harga Promosi CUTI SEKOLAH

Dewasa

RM110/tiket
(utk 2 tiket ke atas)

(harga normal Mykad RM120)

Kanak-kanak 3-11 tahun

RM90/tiket
(untuk 2 tiket ke atas)

(harga normal mykid RM96) 

Testimoni Pelanggan

Pakej adalah termasuk:

Sunway Lagoon 6 parks e-tiket (Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park & Nickelodeon Lost Lagoon). Harga ini tidak termasuk aktivit Bungy Jump, G-ForceX & Go-Kart yang perlu anda bayar secara berasingan.

**Bagi kanak-kanak berumur kurang 3 tahun dan di bawah ketinggian 90cm, masuk adalah percuma.

Dibuka setiap hari dari pukul 10am – 6pm

 

Tempoh Promosi: Sekarang sehingga 31 Dis 2018
Tempoh Perjalan:  Sekarang hingga 31 Mac 2019

 

*syarat - minimum pembelian 2 unit tiket untuk dewasa bagi setiap tempahan.

Maklumat Tambahan:

Sistem E-Wallet kini boleh di dapati untuk perbelanjaan di dalam Sunway Lagoon. Sila topup kredit anda dan gunakan kad E-Wallet anda untuk membeli makanan, minuman dan cenderahati di dalam Sunway Lagoon. Anda perlu pastikan yang anda mempunyai wang secukupnya untuk topup E-Wallet anda sebelum memasuki taman tema Sunway Lagoon ini.

Anda boleh topup E-Wallet anda di senarai kaunter berikut:-

  • Tiket Kaunter Pintu Utama

  • Kaunter Tiket Surf Beach

  • Kaunter Scream Park

  • Kaunter Rimba

  • Kaunter Loker Zuluwalk

  • Kaunter Extreme Park

  • Kaunter Zulu Walk Tube

  • Kaunter Surf Beach Tube

Sebarang baki yang tidak gunakan di dalam E-Wallet anda, anda boleh dapatkan semula wang tersebut pada hari yang sama sebelum pukul 7 petang.

 

 

Sunway Lagoon 6 Park E-Ticket

Magically transformed from the site of an old tin mine and quarry, Sunway Lagoon is today Malaysia’s best and largest theme park. Set amidst beautifully landscaped surroundings, it is a cascade of rides, slides and family attractions of international standard. 

 


Sunway Lagoon 6 Parks E-ticket (Water Park & Amusement Park & Wildlife Park & Extreme Park, Scream Park & Nickelodeon Lost Lagoon) * This is exclude Bungy Jump, G-ForceX & Go-Kart.

 

*** FREE admission for children below 3 years old AND below 90cm in height.

 

OPEN DAILY 10AM - 6PM

Tentang Sunway Lagoon 6 Park

Taman di Sunway Lagoon

1. Nickelodeon Lost Lagoon

Alami pengembaraan melalui pintu gerbang yang megah dan terpesona oleh tamadun yang telah hilang ini yang dikelilingi oleh hutan hujan semulajadi yang subur. Bersedialah untuk menghadapi pengembaraan yang menyeronokkan di fantasyland ini dengan menaiki tunggangan air yang besar, permainan taman air yang penuh halangan dan liku, air terjun yang cantik dan juga di sini terdapat tapak perkhemahan rekreasi. Di tengah-tengah 10 ekar taman ini telah disediakan lebih daripada 12 permainan air dan tarikan (seperti dalam gambar di atas) yang mana ianya untuk rekreasi keluarga serta rakan-rakan yang menyeronokkan untuk pelbagai peringkat umur. Marilah berseronok di Taman Tema Nickelodeon pertama di Asia

2. Taman Tema Air (Water Park)

Terokai Waters of Africa yang merupakan salah satu daripada Pantai Buatan manusia terbesar di dunia. Ianya dibina di tengah-tengah kawasan seluas 13,000 meter persegi di mana anda boleh dapatkan gelombang laut yang sempurna untuk aktiviti meluncur air. Ianya juga merupakan tempat tinggal kepada Luncuran air terbesar di dunia – Vuvuzela, First Waterplexx 5D, Malaysia’s First FlowRider dan tarikan-tarikan yang lain.

3. Taman Hiburan (Amusement Park)

Naikilah Pirate’s Revenge – Kapal Lanun yang berputar 360 darjah pertama di Malaysia; jeritlah sepuas hati di Lost City of Gold Scream Coaster. Anda juga boleh berjalan di Jambatan Gantung Terpanjang di Malaysia sepanjang 428 meter. Kanak-kanak juga akan mengalami keseronokan dengan 2 tarikan terbaru yang khas untuk mereka iaitu Captain Kids Playland dan Captain Kids Candyland. Taman permainan ini pastinya memberikan mereka pengalaman dan meneroka kreativiti serta imaginasi mereka.

4. Taman Hidupan Liar (Wildlife Park)

Kenali lebih dekat lagi lebih daripada 140 spesies haiwan eksotik dengan 82 spesifik spesis dipamerkan di taman hidupan liar berkonsepkan pendidikan dan interaktif pertama di Malaysia. Ianya merupakan salah satu daripada taman yang di sediakan di Sunway Lagoon yang mengkhususkan kepada mengenali dengan lebih dekat lagi berkenaan haiwan eksoti ini. Haiwan yang terdapat di taman ini terdiri daripada pelbagai jenis burung, ikan, reptilian dan mamalia. Taman hidupan liar ini berada di tengah-tengah 8 ekar tanah yang subur menghijau dan tasik yang membawa anda melalui The Village, Rimba, Jungle Trail, Aviary, Nature’s Window, Tiger Land, Pet Village, Burung Savannah dan Tree Top Terrace. Haiwan yang terdapat di sini termasuklah Harimau, Ular Sawa, Harimau Matahari, Harimau Kumbang, Landak, Buaya, Pelanduk, Rusa, Kura-kura, Slow Loris, African Pygmy Hedgehog, White Handed Gibbons, pelbagai jenis burung dan banyak lagi.

5. Extreme Park

Bagi mereka yang suka aktiviti lasak dan ekstrem, cabar diri anda dengan pelbagai aktiviti yang mencabar di Extreme Park. Lakukan bidikan tepat di Lapangan Sasar Memanah (Archery Target Shooting Range), menaiki kenderaan ATV untuk menerokai kawasan secara off-road ataupun uji kepantasan serta skill memandu anda menaiki Go-Kart.

Cabar keupayaan ekstrem anda ke tahap yang baru dengan Slingshot Ride tertinggi di Asia – The G-Force X. Lakukan aktiviti flying fox dengan Flying Fox terpanjang di Malaysia iaitu sepanjang 206 meter, atau cuba mengatasi ketakutan anda dan tingkatkan keyakinan diri dengan mencuba aktiviti Bungy Jump pertama di Malaysia.

Aktiviti ekstrem yang lain pula, anda boleh mencuba aktiviti seperti Bungee Trampoline, Kayak, Paintball atau Pedal Boating.

6. Taman Menyeramkan (Horror Park)

KL bertukar menjadi  lokasi ‘World War Z’ secara langsung – acara baru di Lynton V. Harris Scream Park. World War Z merupakan filem blockbuster yang dibintangi oleh Brad Pitt, ianya pengalaman berada di tengah-tengah kancah peperangan menentang zombie. Helikopter telah bersedia untuk menyelamatkan anda, tetapi untuk membolehkan anda diselamatkan, anda kena mengharungi kompleks yang dipenuhi oleh zombie. “World War Z – Live” merupakan salah satu daripada acara kemuncak di sini yang mempunyai tidak kurang dari tiga tingkat untuk merasai ketakutan di situ.

Selain daripada itu, anda juga boleh mencabar adrenalin ketakutan anda melalui aktiviti yang menyeramkan yang lain di Rumah Hantu dalam 3D, Horrorwood Studio, Horrorwood Studio 2: Zombie Apocalypse

Terma & Syarat

Terma & Syarat

Maklumat Penting:

  • Sila pamerkan Confirmation Voucher yang anda terima itu nanti di Kaunter Tiket Sunway Lagoon untuk anda dapatkan tiket masuk.

  • Tiket tidak boleh ditukar hak milik, tiada pemulangan wang sekiranya tidak digunakan, dan tidak boleh ditukar ganti.

  • Ketua rombongan yang memegang Confirmation Voucher ini mestilah menunjukkan kad pengenalan atau passport yang sah untuk mendapatkan tiket masuk taman tema ini. Ini bermaksud, ketua rombongan WAJIB hadir bagi membolehkan semua ahli rombongan mendapatkan tiket masuk tersebut.

  • Pihak Sunway Lagoon dan Tholand Waey Holiday Sdn Bhd tidak akan memulangkan wang bagi setiap pembelian tiket yang tidak digunakan, juga termasuk servis lain yang berkaitan sama anda menggunakan sebahagian, atau tidak.

  • Tiket merupakan tanggungjawab anda sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan menyebabkan anda tidak dapat masuk ke dalam taman tema ini.

  • Masuk semula ke taman tema ini adalah DILARANG SAMA SEKALI. Dan setiap pelawat taman tema ini akan menanggalkan wrist band masing-masing apabila keluar daripada pintu pagar taman tema ini. 

Terma & Syarat

  • Nama ketua rombongan yang dimasukkan di dalam borang tempahan ini MESTI SAMA dengan passport atau kad pengenalan. Sekiranya salah boleh mengakibatkan anda dikenakan penalty atau menyebabkan Confirmation Voucher tersebut menjadi tidak sah.

  • Ketua rombongan WAJIB HADIR ketika hendak menuntut tiket masuk tersebut. Jika tidak, baucer tersebut tidak dapat digunakan.

  • Semua tempahan haruslah dilakukan sekurang-kurangnya 4 hari sebelum tarikh anda hendak menggunakan tiket tersebut

  • Merupakan tanggungjawab semua ahli rombongan untuk periksa segala kesalahan semasa melakukan tempahan tiket dan juga kesemua servis serta produk kami.

  • Harga dinyatakan tersebut tertakluk kepada caj tambahan ketika Peak Season dan Holiday Season yang dikenakan oleh pihak Sunway Lagoon.

  • Staf Tholand Waey Holiday Sdn Bhd akan memberikan maklumat secukupnya, namun tidak bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku perubahan maklumat tersebut.

  • Setiap harga tiket dan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis sebelum baucer perjalanan tersebut di isukan.

  • Harga adalah tidak ada jaminan, sehingga baucer perjalanan tersebut di isu dan bayaran penuh telah diterima.

  • Tholand Waey Holiday Sdn Bhd mempunyai hak untuk batalkan sebarang tempahan dengan memberikan penjelasan dari pihak syarikat kepada para pelanggan

  • Setiap pembatalan atau pertambahan tertakluk kepada caj.

  • Setiap tiket atau produk yang telah dibeli, tidak boleh ditukar hak milik.

  • Sebarang pertambahan maklumat selepas baucer tersebut di isu, akan dianggap sebagai pembatalan kepada tempahan sedia ada. Caj pembatalan akan dikenakan.

  • Alamat email hendaklah diberikan setepatnya. Sebagai pelanggan, anda perlu terima bahawa email merupakan medium perhubungan kami dengan anda untuk menghantar Confirmation Voucher dan mengesahkan produk yang anda telah beli. Anda juga setuju menjadikan pihak Tholand Waey Holiday Sdn Bhd sbg liable sekiranya tidak memberikan sebarang resit, baucer pelancongan ataupun email pengesahan.

  • Untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, pihak Tholand Waey Holiday Sdn Bhd mungkin memerlukan anda untuk memberikan maklumat kredit kad anda dan juga perlu mengisi Borang Pengesahan Pembayaran Menggunakan Kredit Kad untuk mengelakkan kemungkinan kad tersebut digunakan oleh orang lain, walaupun bayaran telah dilakukan. Sebagai pelanggan, anda perlu memberikan kerjasama  dengan pegawai yang bertugas dan menyediakan dokumen-dokumen yang diminta sebagai pengesahan.

  • Tiket boleh digunakan untuk foreigner dan juga pelancong domestik. 

  • Sekiranya anda membeli, ini menunjukkan yang anda faham dan menerima akan terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Untuk Menempah

Borang Tempahan

hubungi kami melalui whatsapp di:

+6019-9530806 (Amy)

+6011-17825680 (Najihah)

+6019-2704811 (Faizul)

bottom of page