top of page

Pakej Percutian Pulau Pangkor

Update

2021

Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak adalah berlokasi di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utman di Malaysia. Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancongan yang menarik. 

 

Pulau Pangkor masyhur dengan industri perikanan yang telah diusahakan semenjak dahulu lagi. Pangkor membekalkan ikan segar yang berkualiti ke pasaran Kuala Lumpur dan Singapura. Selain itu hasil laut seperti bahan makanan proses dinginbeku, ikan kering, ikan bilis dan makanan ringan (satay fish) turut di pasarkan di bandar-bandar lain di Malaysia.

 

Jika anda berkunjung ke Pulau Pangkor, anda akan berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana hasil laut diproses dan anda boleh membeli barang-barang tersebut dengan harga yang istimewa.

 

Satu lagi aspek pelancongan yang kini kian popular di Pulau Pangkor ialah eko-pelancongan. Pulau Pangkor memiliki kekayaan alam semulajadi, bukan sekadar hutannya yang kaya dengan flora dan fauna serta bentuk muka bumi yang mencabar peminat aktiviti luar, malah juga kekayaan dasar laut iaitu karangan laut serta hidupan laut yang eksotik dan unik.

 

Tempat yang sering menjadi tumpuan remaja menjalankan aktiviti perkhemahan ialah Teluk Segadas. Di Teluk Nipah terdapat resort penginapan dan tapak-tapak perkhemahan yang menyediakan kemudahan-kemudahan asas dengan kadar sewa yang berpatutan.

 

Burung enggang terdapat dengan banyak di Pulau Pangkor. Anda akan melihat mereka terbang dan hinggap di dahan-dahan. Di Teluk Nipah anda boleh beri enggang makan seperti anda beri makan burung merpati! Ayuh! Mari lihat pakej-pakej yang kami sediakan untuk anda di Pulau Pangkor yang semestinya memberi pengalaman yang sukar untuk dilupakan. 

 

SANDY BEACH RESORT 2021

PANGKOR BAYVIEW BEACH RESORT 2021

PUTERI BAYU BEACH RESORT

CORAL BAY RESORT PANGKOR

bottom of page