Pakej Pulau Besar
Update
2019
Pulau Besar atau nama lamanya adalah Pulau Babi Besar ini terletak di daerah Mersing, Johor. Ianya digazetkan oleh Kerajaan Negeri Johor sebagai marin park atau kawasan lindungan haiwan marin sejauh 3.7KM sekeliling pulau berkenaan. Ini kerana terdapat lebih 60 spesis hidupan marin yang hidup di sini dan bagi mengelakkannya dari diancam oleh aktiviti manusia.
Terdapat 6 buah kampung di sini iaitu Kampung Atap Zing, Kampung Batu Hitam, Kampung Busong, Kampung Teluk Bakau, Kampung Teluk Kampa dan Kampung Teluk Penagat.
Untuk ke pulau ini, boleh lah menaiki bot selama 30 minit. Terdapat 2 resort yang terkenal di sini iaitu Aseania Resort & D'Coconut Resort.