Pakej Percutian Lang Tengah

Update

2020

Lang Tengah terletak 40km dari Kuala Terengganu di Malaysia. Tanjung Merang adalah perkampungan ikan yang kecil dan berada 45 minit dari Kuala Terengganu dan jeti terletak beberapa minit sahaja dari kampung ini. Untuk ke Lang Tengah, perlu menaiki bot dari Tanjung Merang. Kebanyakan bot-bot ada jadual yang ditetapkan dengan 2 masa iaitu pagi dan petang di musim cuti atau 1 masa sahaja pada musim tiada ramai pengunjung. 

Suasana yang aman, tenteram dan menghijau menambahkan lagi kedamaian yang dicari oleh pengunjung apabila berada di sini. 

Lang Tengah merupakan satu tempat untuk pengunjung yang menginginkan privasi untuk berehat mahupun bersantai. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti snorkeling, diving, island hoping, memancing dan lain-lain lagi. Selain dari pakej untuk berehat, kami juga menyediakan pakej perkahwinan bagi yang mahukan perkahwinan berkonsepkan pantai.

Waktu yang sesuai untuk bercuti di Lang Tengah adalah pada bulan Februari - September kerana pada masa itu pulau tidak akan tutup oleh kerana cuaca pada masa ini sangat menggalakkan untuk melakukan aktiviti berkenaan dengan air.

Tunggu apa lagi? Dapatkan keseronokan dan hayati keindahan alam disini!

SARI PACIFICA BEACH RESORT & SPA

637533
637533

637851
637851

3480727
3480727

637533
637533

1/5

D' COCONUT LAGOON LANG TENGAH

IMG_1532
IMG_1532

hero-beach
hero-beach

103
103

IMG_1532
IMG_1532

1/3