top of page

Pakej Percutian Pulau Langkawi 

Langkawi merupakan kepulauan yang terdiri daripada 99 buah pulau di pantai barat Semenanjung Malaysia. Dikelilingi oleh air laut yang membiru , bahagian dalam pulau utama terdapat sawah padi yang terbentang indah dan bukit hutan yang tebal dan menghijau. Pulau ini telah di gazetkan sebagai bebas cukai membolehkan para pengunjung yang ingin mendapatkan pelbagai barangan seperti coklat dan sebagainya dengan harga murah. Kepada pencinta alam pula, anda akan dapati bahawa pulau ini kaya dengan khazanah alam semulajadi termasuklah pasir pantainya yang memutih serta deretan pokoknya yang menghijau.

 

Pulau ini dikenali sebagai lokasi selaman yang sangat baik serta terkandung di dalamnya pelbagai spesis hidupan laut. Langkawi juga menyediakan pelbagai lokasi percutian yang menarik antaranya adalah Underwater World Langkawi, Kereta Kabel dan beberapa tempat menarik sekitarnya yang pasti membuatkan anda ingin kembali ke sini.

Tugu Helang
Pulau Dayang Bunting
Kilim Geoforest Park

Homestay Langkawi

Homestay Idul

Max 10 orang serumah

Homestay Idul merupakan homestay yang terletak di Kg Kenyum, Ulu Melaka. Ianya berhampiran dengan Makam Mahsuri, Gunung Raya dan mempunyai pemandangan sawah padi. Sarapan pagi disediakan

Homestay Mawaddah

Max 10 orang serumah

Homestay Mawaddah merupakan homestay yang terletak tidak jauh dari Mahsuri Center dan mempunyai 4 rumah yang berdekatan. 

Homestay Tasnim

Max 14 orang serumah

Homestay Tasnim merupakan homestay yang terletak di Kg Bukit Temin, Ulu Melaka. Ianya berhampiran dengan Makam Mahsuri, Gunung Raya dan mempunyai pemandangan sawah padi.

Please reload

bottom of page