Pakej Pulau Redang 2020 | Senarai Pakej Percutian Pulau Redang

Pakej Percutian Pulau Redang

Update

2020

PULAU REDANG merupakan pulau terbesar di Terengganu. Terletak 45 km dari Bandaraya Kuala Terengganu, rumpun Pulau Redang mempunyai sembilan pulau lain termasuk Pulau Lima, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Ling, Pulau Ekor Tebu, Pulau Pinang dan Pulau Redang. Rumpunan pulau ini menjanjikan pelbagai aktiviti dan panorama menarik kepada pengunjung seperti 'snorkelling', 'scuba-diving', keindahan Taman Laut yang dipenuhi dengan hidupan marin seperti ikan, penyu dan batu karang. Pakej percutian di sini pasti memberikan kepuasan maksimum kepada para pengunjung.

 

Dua pantai yang menjanjikan keindahan memukau di Pulau Redang ialah Pantai Pasir Panjang dan Teluk Dalam Kecil yang terletak di timur laut pulau. Pantai Pasir Panjang juga merupakan kawasan pendaratan penyu untuk bertelur pada musimnya. Terdapat tempat pejagaan penyu yang dibina oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (dulunya UMT) di kawasan ini supaya ekosistem dan habitat penyu ini tidak terancam. Kesedaran timbul berikutan berkurangya penyu yang datang bertelur di pantai ini. Kebanyakan para pengunjung pasti tidak terlepas untuk melihat penyu bertelur apabila mengambil pakej percutian di pulau Redang ini.

 

Taman Laut Redang adalah antara taman laut tercantik di dunia. Menghimpunkan khazanah laut berusia ribuan tahun yang sentiasa dijaga rapi keasliannya daripada tercemar dan terhakis dimamah perubahan iklim dunia. Pengunjung boleh mengalami dan menikmati sendiri keindahannya dengan melakukan aktiviti snorkelling dan diving di sekitar kawasan taman laut. Kecantikan alam ciptaan Tuhan ini boleh merehatkan minda yang kusut dan boleh menjadi terapi diri. JOM lihat pakej Pulau Redang ini yang disediakan olah pihak resort.

 

CORAL REDANG ISLAND RESORT

REDANG BEACH RESORT

REDANG REEF RESORT

REDANG HOLIDAY RESORT

LAGUNA REDANG RESORT

DELIMA REDANG RESORT

REDANG MUTIARA RESORT

SARI PACIFICA RESORT REDANG

©2020/21 Oleh Tholand Waey Holiday Sdn Bhd. Semua Hakcipta Terpelihara

  • Facebook Long Shadow
  • Google+ Long Shadow
  • Twitter Social Icon
  • Instagram Social Icon
Diuruskan Oleh:
Tholand Waey Holiday Sdn Bhd
(729357-H) (KPL: 4883)
5-1 Jalan Wangsa Delima 1A, Kuala Lumpur Suburban Center 3, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
Whatsapp / SMS sahaja
 
Tel: +603-4143 3006
(waktu pejabat sahaja)
timthumb (6)