top of page

Pakej Percutian Perhentian Island Resort

Update

2018

Perhentian Island Resort merupakan resort yang ideal dan sesuai untuk pelbagai aktiviti santai untuk percutian keluarga. Ianya dikelilingi oleh keindahan hijau hutan serta menghadap pasir pantai yang memutih serta biru air laut yang hangat menjadikan pakej pulau perhentian sangat sesuai untuk pelbagai aktiviti percutian anda.

 

Pulau Perhentian atau Perhentian Island, dikenali sebagai syurga hidupan laut dan menjadikan ianya salah satu dari Taman Marin Kebangsaan Malaysia (National Marine Park of Malaysia). Di sekitar Perhentian Island Resort ini, anda akan dapati pelbagai perkara yang anda boleh lihat dan lakukan. Anda boleh membuat aktiviti jungle tracking dengan memanjat bukit di bawah kanopi pokok yang besar, turut juga anda jumpai pelbagai spesis haiwan antaranya ialah Kelawar Buah, Burung Merpati Nicobar dan sebagainya. Pulau Perhentian ini terletak di laluan migrasi burung. Jadi anda pasti terserempak dengan pelbagai spesis burung yang menjadikan Pulau Perhentian ini sebagai tempat persinggahan mereka.

 

Laluan hutan yang terdekat hanyalah sekitar 100 meter sahaja daripada Perhentian Island Resort ini. 

 

Apa sahaja tujuan anda untuk bercuti. Sama ada bersantai bersama keluarga, sahabat handai atau aktiviti family day, Perhentian Island Resort amat sesuai dengan anda. Bagi mereka yang sukakan aktiviti air seperti snorkeling atau scuba diving, resort ini sangat bertepatan dengan anda. Ini kerana resort ini terletak berhadapan dengan kawasan yang kaya dengan pelbagai spesis batu karang. Ianya hidup subur di kawasan ini. Ekosistem hidupan laut di kawasan ini dijaga amat rapi dan jauh daripada pencemaran.

 

Sekiranya anda datang pada bulan Jun dan Hujung bulan Ogos, anda mungkin terserempak dengan Penyu Hijau bertelur di sepanjang pantai, dan ianya lebih kurang 20 minit perjalanan dengan menaiki bot. Alamilah keseronokan di sini. Bercutilah di Perhentian Island Resort.  

pakej-percutian-pulau-malaysia-perhentian-island-resort-signboard2
pakej-percutian-pulau-malaysia-perhentian-island-resort-signboard
pakej-percutian-pulau-malaysia-perhentian-island-resort-landscape
pakej-percutian-pulau-malaysia-perhentian-island-resort-cafe-dalam
pakej-percutian-pulau-malaysia-perhentian-island-resort-cafe2
pakej-percutian-pulau-malaysia-perhentian-island-resort-cafe
pakej-percutian-pulau-malaysia-perhentian-island-resort-kemudahan-scuba
pakej-percutian-pulau-malaysia-perhentian-island-resort-bath-utilities

Jenis Bilik

Superior Room
Deluxe Room
Semi Suite Room

Senarai Pakej

Pakej Perhentian Island Resort

3D2N Pakej Pulau Perhentian Discovery (Full Board Package)

Pakej 3D2N ini sudah termasuk:
  • Perjalanan pergi-balik menggunakan bot antara Jeti Kuala Besut dan resort (30 minit)

  • Percuma minuman ringan sewaktu tiba di resort.

  • Penginapan selama 2 malam

  • 2 x sarapan pagi, 2 x makan tengahari, 2 x makan malam

  • termasuk GST 6%

 

3D2N Pakej Pulau Perhentian Snorkeling (Full Board Package)

Pakej 3D2N ini sudah termasuk:
  • Perjalanan pergi-balik menggunakan bot antara Jeti Kuala Besut dan resort (30 minit)

  • Percuma minuman ringan sewaktu tiba di resort.

  • Penginapan selama 2 malam

  • 2 x sarapan pagi, 2 x makan tengahari, 2 x makan malam

  • 2 x trip snorkeling termasuk peralatan

  • termasuk 6% caj GST

 

5D4N Diving Course

(Half Board Package)

Pakej 5D4N ini sudah termasuk:
  • Perjalanan pergi-balik menggunakan bot antara Jeti Kuala Besut dan resort (30 minit)

  • Percuma minuman ringan sewaktu tiba di resort.

  • Penginapan selama 4 malam

  • 4 x sarapan pagi, 4 x makan malam

  • Open Water Course

  • GST 6%

3D2N Diving Half Board Package

Pakej 3D2N ini sudah termasuk:
  • Perjalanan pergi-balik menggunakan bot antara Jeti Kuala Besut dan resort (30 minit)

  • Percuma minuman ringan sewaktu tiba di resort.

  • Penginapan selama 2 malam

  • 2 x sarapan pagi, 2 x makan malam

  • 2 x diving (dengan peralatan)

  • Marine park fee

  • Termasuk GST 6%

bottom of page