top of page
Search
  • admin cutidipulau

GST Diturunkan kepada 0% Bermula 1 Jun 2018


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Seperti yang kita semua telah sedia maklum, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan untuk menurunkan kadar GST dari 6% kepada 0% bermula 1 Jun 2018. Ini merupakan berita gembira kepada para pengguna dan rakyat Malaysia kerana ianya menjangkakan kadar penurunan harga kepada kebanyakan barang dan servis jualan yang ditawarkan oleh para peniaga.

Kami dari Tholand Waey Holiday Sdn Bhd yang menjual pakej-pakej pelancongan melalui website CutiDiPulau, Jalinan Umrah, Pakej Indonesia dan Kambing Golek BBQ menyambut hasrat kerajaan ini dengan menurunkan kadar cukai GST dalam negara kepada 0%.

Untuk pengetahuan anda semua, kadar GST 6% sebelum ini dikenakan kepada kesemua pakej pelancongan dalam negara kecuali beberapa destinasi pelancongan yang berada dalam senarai Zon Bebas Cukai, iaitu Pulau Tioman, Pulau Langkawi dan Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala pakej pelancongan ke luar negara, GST adalah berkadar 0%.

Kami mungkin akan mengambil masa untuk update kesemua harga pakej kami di dalam website kepada kadar yang baru. Oleh itu, kami akan memberikan sebut harga kepada para pelanggan kami selepas ini dengan menggunakan kadar GST 0%, dan juga akan merekodkan kadar GST ZR (Zero Rated) ke atas semua invois yang diberikan. DIharap para pelanggan dapat semak segala invois yang diterima.

Semoga dengan berita baik ini, akan dapat mengurangkan beban serta menaikkan kuasa beli rakyat bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara kita tercinta.


29 views0 comments
bottom of page