Search
  • admin cutidipulau

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 2018 / 1439H


Allahu Akbar...Allahu Akbar!

Allahu Akbar...Allahu Akbar!

Allahu Akbar...Allahu Akbar!

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian Alam. Selawat dan Salam kepada junjungan Rasulullah S.A.W yang merupakan kekasihNya serta penghulu kepada segala Nabi dan Rasul yang pernah diutuskan oleh Allah dari zaman manusia yang pertama di muka bumi sehinggalah pengakhiran umat manusia nanti.

Bersyukur pada Allah Taala, yang telah memberikan kesempatan kepada kita semua untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha pada tahun 2018 ini bagi kita mengingati korban yang telah dilakukan oleh Nabi kita Nabi Ibrahim A.S dan juga anaknya Nabi Ismail A.S yang menjadi tanda pengorbanan yang besar sebagai pengajaran bagi kita umat manusia.

Pengorbanan merupakan sesuatu yang kita perlu lakukan untuk mendapatkan sesuatu ingin dicapai. Ayah perlu mengorbankan jiwa, raga, harta dan masanya untuk membimbing isteri dan anak-anak dan menyediakan keperluan fizikal serta rohani mereka. Agar mereka menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat serta taat pada perintah Allah Taala.

Begitu juga kepada para pemimpin. Mereka perlu mengorbankan masa, pemikiran serta tenaga mereka untuk membawa masyarakat yang dipimpin untuk mencapai apa yang dinginkan untuk kebaikan seluruh masyarakat tersebut. Selain itu, ianya juga mengelakkan mereka dari tersasar ke jalan yang tidak baik yang boleh membawa keburukan atau kecelakaan bagi kumpulan masyarakat tersebut.

Segala yang kita inginkan, perlulah kita korbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Ini adalah fitrah kehidupan. Inilah Sunnatullah.

Untuk mendapat redha Allah, kita perlu mengorbankan masa mengantuk kita, masa bersenang lenang kita dan sebagainya untuk beribadah kepada Allah. Untuk mendapat perhatian atau kebaikan daripada manusia juga, perlu kita mengorbankan sesuatu seperti berbuat baik dengan manusia terlebih dahulu.

Korban pada Hari Raya Aidil Adha ini bukanlah setakat mengorbankan haiwan sahaja, malah ianya merupakan pengajaran kepada kita semua untuk sentiasa melakukan pengorbanan seikhlas mungkin kerana Allah Taala atas setiap perkara yang kita lakukan. Kita mengharapkan Allah memberkati dan mengurniakan kebaikan dan meredhai setiap tingkah laku kita, supaya ianya menjadi sebab untuk kita menggarap syurgaNya.

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua para pelanggan serta yang mengikuti perkembangan kami di Tholand Waey Holiday Sdn Bhd. Semoga usaha kami yang sedikit dalam merealisasikan percutian anda mendapat redha Allah Taala. Segala komen dan juga kritikan membina akan kami ambil sebagai pengajaran berguna kepada kami untuk memperbaiki kualiti servis kami.

Minta Maaf Zahir Batin.


18 views

©2020/21 Oleh Tholand Waey Holiday Sdn Bhd. Semua Hakcipta Terpelihara

  • Facebook Long Shadow
  • Google+ Long Shadow
  • Twitter Social Icon
  • Instagram Social Icon
Diuruskan Oleh:
Tholand Waey Holiday Sdn Bhd
(729357-H) (KPL: 4883)
5-1 Jalan Wangsa Delima 1A, Kuala Lumpur Suburban Center 3, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
Whatsapp / SMS sahaja
 
Tel: +603-4143 3006
(waktu pejabat sahaja)