Sun Beach Resort Tioman

Sebuah tempat yang amat menarik dan popular untuk melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama rakan dan keluarga.

 

Keindahan tempat ini pasti akan tersemat dalam fikiran dan hati anda. Rumah penginapan yang dibina menggunakan konsep "Rumah Melayu" yang dilengkapi dengan kemudahan yang amat memuaskan.

 

Cantik, menarik dan juga indah kerana ianya terletak di Pulau Tioman di mana tumbuh-tumbuhan hijau sentiasa segar , air laut berwarna biru di mana ikan itu kelihatan berenang dan bermain di sekitar terumbu karang, gelombang menghasilkan irama yang menenangkan hati dan minda pengunjung dan pantai berpasir putih yang kelihatan seperti alunan kabus di bawah sinar mentari pagi.

 

Resort ini terletak di Kampung Genting. Daripada jeti Kampung Genting, anda sudah nampak papan tanda resort ini. Perjalanan sekitar 2 minit untuk sampai ke resort ini.

 

Sun Beach Resort mempunyai 52 chalet di mana 14 daripadanya adalah Standard Chalet with Fan, 16 Deluxe Aircond dan 22 Standard Aircond. Resort ini juga dapat menampung sekitar 200 tetamu dalam satu-satu masa. Ianya turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung.

 

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Antaranya adalah jungle tracking, menaiki bot, memancing, berenang, snorkeling dan diving. Ianya bergantung kepada permintaan daripada tetamu. Program ini pasti meninggalkan kenangan manis kepada anda.

Jenis Bilik

Budget Chalet
Deluxe Room
Ocean View Suite
Standard Room
Junior Suite
Blue Ocean Suite
Family Executive Suite

Senarai Pakej

 

2D1N Sun Beach Resort

Sah Sehingga: Oct 31, 2019

Pakej 2D1N ini sudah termasuk:

  • Perjalanan pergi-balik menggunakan bot antara Jeti Tanjong Gemok - Sun Beach Resort 

  • Percuma minuman ringan sewaktu tiba di resort.

  • Penginapan dengan air-cond selama 1 malam

  • 1 x sarapan pagi, 1 x makan tengahari, 1 x makan malam, 1 x supper 

  • Trip snorkeling tanpa peralatan

 

3D2N Sun Beach Resort

Sah Sehingga: Oct 31, 2018

Pakej 3D2N ini sudah termasuk:

  • Perjalanan pergi-balik menggunakan bot antara Jeti Tanjong Gemok - Sun Beach Resort 

  • Percuma minuman ringan sewaktu tiba di resort.

  • Penginapan dengan air-cond selama 2 malam

  • 2 x sarapan pagi, 1 x makan tengahari, 1 x makan malam, 1 x BBQ dan supper 

  • Trip snorkeling tanpa peralatan

 

4D3N Sun Beach Resort

Sah Sehingga: Oct 31, 2018

Pakej 4D2N ini sudah termasuk:

  • Perjalanan pergi-balik menggunakan bot antara Jeti Tanjong Gemok - Sun Beach Resort 

  • Percuma minuman ringan sewaktu tiba di resort.

  • Penginapan dengan air-cond selama 2 malam

  • 3 x sarapan pagi, 2 x makan tengahari, 1 x makan malam, 1 x BBQ dan 3 X supper 

  • Trip snorkeling tanpa peralatan

 

+60 19-953 0806 (Amy)
+60 13-801 4651 (Salsabiela)
+60 10-939 0796 (Alfiah)

©2019/20 Oleh Tholand Waey Holiday Sdn Bhd. Semua Hakcipta Terpelihara

  • Facebook Long Shadow
  • Google+ Long Shadow
  • Twitter Social Icon
  • Instagram Social Icon
Diuruskan Oleh:
Tholand Waey Holiday Sdn Bhd (KPL: 4883)
5-1 Jalan Wangsa Delima 1A, Kuala Lumpur Suburban Center 3, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
Whatsapp / SMS sahaja
 
Tel: +603-4143 3006 / 6102
(waktu pejabat sahaja)
Fax: +6034143 4006